Monday, June 22, 2009

MELAYU & ISLAM

Saya tertarik dgn blog BYB AMARAN, PARPUKARI & beberapa blog lagi mengenai isu tersebut.

Sebagai pekerja yg bekerja makan gaji di serata tempat, saya tertarik dgn isu ini kerna byk pengalaman saya tentang isu berkenaan. Pengalaman saya bekerja lebih 20thn yg kebanyakannye bekerja dgn syarikat milik kaum cina. Pengalaman jatuh bangun saya membolehkan saya melihat di mana letak nye kita kaum melayu di bumi sendiri.

Saya berpendapat kaum melayu agak rapuh, tidak muafakat & tidak kukuh mempertahankan kaum sendiri. Mereka umpama lalang atau air. Ikut angin & ikut arus. Kadang2 betul apa yg Tun Mahathir kata "superiority complex". Melayu lebih mudah ngikut kaum lain dari kaum sendiri.

Sebagai Pengurus Kanan d kebanyakan syarikat yg saya kerja, saya dapati hampir 100% pekerja bawahan adalah melayu. Namun kekuatan itu tidak wujud langsung malah melayu hanya seperti btg lidi yg berselerak. Lost & fragile.

Pada mata saya melayu terbahagi pada 5 kelompok.
  1. UMNO
  2. PKR
  3. PAS
  4. Atas pagar
  5. Bebas (ignorance)
UMNO
Kebanyakan die hard umno adalah dari golongan pra kemerdekaan. Golongan mak bapak kita dulu yg melalui detik sejarah suka duka kemerdekaan. Mereka ini boleh kata 99.9% menyokong UMNO, walaupun umno sendiri byk membelakangkan mereka, dari segi perhatian & permasaalahan. Terutama sekarang dimana umno lebih tumpu pada generasi muda.
Dan golongan yg etnik seperti Jawa, Bugis, Minang, dsb yg masih kukuh dgn semangat kaum serumpun.
Juga golongan yg mempunyai kesedaran kuat pada bangsa sendiri. Seperti saya yg telah byk melihat dunia & banyak melalui pahit maung berjuang utk hidup di dunia yg "real".
Ahli politik "pure" atau yg betul2 ikhlas. Mereka2 ini seperti kiambang yg bertaut. Bila ada isu, bertaut. Namun bila arus deras terurai. Tidak cukup korum utk berjuang utk bangsa mereka.

PKR
Kebanyakkan mereka adalah dari umno sendiri yg kecewa & merajuk. Bawa diri dari umno. Tanpa hala tuju & lemah pendirian. Mudah digula2kan. Kebanyakan dari mereka adalah pejuang tulin. Namun kerana merajuk & beberapa sebab lain lari ke PKR.
Pada saya mereka2 ini tidak murtad atau sesat jalan. Hanya perlu sedikit suntikan semangat & sedikit penerang, insy akan kembali. Namun kerana ketua mereka adalah pejuang fanatik (mereka2 yg berjuang utk apa saje), mereka ini tetap akan ikut WALAUpun ikutan mereka rapuh. Hampir 80% mereka2 ini adalah org2 kerajaan.

PAS
Seperti yg sedia maklum. Mereka2 yg berjuang atas nama Islam. Saya agak keliru, pada ayat ini "PAS itu islam & UMNO tidak"
PAS hanya satu parti yg berdaftar, satu pertubuhan. Apa kaitan dgn soal 'anuti'........ mungkin saya silap. Seperti kata BYB AMARAN, kita semua Islam. Kiblat yg sama. Mengapa mesti dipolitikkan peganagan agama kita.
Mereka2 ini amat fanatik. Hampir lupa yg mereka & Umno adalah "melayu" & "islam. Mungkin pemimpin2 mereka terlalu mempolitikkan isu ini hingga mereka jadi "terasing" dari melayu & islam yg lain.

ATAS PAGAR.
Mereka2 ini lah yg selalu di target bila pilihanraya. Samaada mrk ini kekanan atau kekiri byk bergantung pada isu. Mereka ini boleh jadi penawar & boleh jadi racun.

BEBAS.
Kebanyakan mereka2 ini adalah golongan profesional & anak2 muda yg bebas tanpa mahu berfikir. Dimana mereka2 ini fed up dgn perkembangan politik semasa atau meluat dgn wakil2 raayat mereka atau mereka2 ini hanya penting diri sendiri. Dan anak2 muda yg hny mahu enjoy & tak mahu tau ttg semasa atau soal bangs. Pada mereka "what is that history?" or "what is that in politics?"

SOALNYE...
Semua ini adalah melayu & islam. Tidak kira parti apa mereka ini bernaung, mereka tetap melayu & islam. Apakah kita semua harus bertempur pada medan yg sama atau kita wajib bersatu atas satu tiket?
Parti hanya landasan perjuangan. Sedang bangsa & agama adalah darah daging & pegangan hidup kita.
Kemana arah tuju bangsa kita? Perpecahan demi perpecahan.....
Apakah gelombang perpecahan 1511 & era kolonial akan berulang?
Renungkan & marilah kita bersama mencari dimana titik penyatuan itu. Dan dimana titik pertemuan 5 golongan ini. Agar rumpun kita utuh & kuat semula.

Ini pendapat saya melalui 20thn perjalanan hidup saya serata dunia & malaysia. Juga melalui pengamatan saya dgn pekerja2 saya juga majikan saya. Saya akan kupas semua ini nanti bila berkesempatan dari perspektif org biasa & bukan politik. Insyaalah.

No comments:

Post a Comment